BE GENEROUS BE GIVING, bear in mind. Congratulations!



A and B together!! 24 Mac 2009





“BE GENEROUS BE GIVING”, PASAR LAMBAK UNTUK TUJUAN AMAL BAGI SPCA OLEH PELAJAR UiTM



“Be Generous Be Giving” merupakan program jualan Pasar Lambak anjuran pelajar Perhubungan Awam semester 4 (MC22S4A dan MC22S4B) dari Fakulti Komunikasi dan berlangsung pada 24 Mac 2009 di Dataran Cendekia, UiTM. Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) merupakan penganjur bersama bagi program ini.

Objektif utama Pasar Lambak “Be Generous Be Giving” ini dianjurkan adalah bagi membantu tabung SPCA menambah dana, memberi kesedaran kepada khalayak mengenai kewujudan dan aktiviti SPCA, meningkatkan sensitiviti masyarakat terhadap haiwan peliharaan, serta mempromosikan barangan jenama tempatan dan memudahkan para khalayak memperoleh barangan berkualiti dan murah.

Pasar lambak ini merupakan salah satu cara untuk memajukan dan mengembangkan usaha para peniaga tempatan dalambidang perniagaan di samping dapat meningkatkan persaingan dalam kalangan mereka. Dengan itu, persaingan yang sihat dapat diwujudkan dan ini dapat menjana perkembangan ekonomi negara. Acara seperti ini sangat digemari oleh golongan remaja yang gemar berkumpul dan membeli-belah, di samping memupuk silaturrahim yang erat dalam kalangan mereka. Khalayak utama bagi program ini ialah pelajar-pelajar UiTM khasnya serta warga UiTM amnya. Khalayak yang berada di sekitar Shah Alam dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan UiTM yang hadir untuk menyertai dan menjayakan aktiviti ini amat dihargai. Pasar Lambak ini akan dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang.

Pelbagai barangan akan dijual di pasar lambak ini nanti termasuk makanan, aksesori, kasut dan pelbagai jenis pakaian. Selain itu, aktiviti seperti ceramah oleh SPCA dan sesi “open mic” untuk sesiapa yang ingin menunjukkan bakat seperti mengadakan promosi untuk produk juga disediakan. Para pengunjung juga berkesempatan untuk memenangi beberapa hadiah menarik dengan menjawab beberapa soalan mudah yang bakal dikemukakan oleh mereka.
Aktiviti ini juga telah disambut hangat oleh penuntut UiTM Shah Alam. Selain itu, para pensyarah serta Dekan Fakulti juga turut hadir bagi memeriahkan lagi event yang dianjurkan oleh mereka. Syabas!

p/s : Tahniah diucapkan kepada mereka yang terliba dalam aktiviti sebegini. Semoga akan datang, kita semua dapat lagi berkerjasama untuk menjayakan misi seteusnya! Good Luck!!
by : Suzana Sukaimi

No comments:

Post a Comment