Kami pelajar Perhubungan Awam semester 5, dari kelas 5A dan 5B ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada seluruh umat Islam, terutama kepada mereka yang melayari gallery ini. Sesungguhnya, kedatangan 1 Syawal kali ini sangat bermakna kerana kita semua dapat merayakannya dalam keadaan serta suasana negara kita yang aman dan damai.
Salam lebaran ini juga ditujukan khas buat semua pensyarah kami yang sekian lama tidak jemu memberi tunjuk ajar serta ilmu yang sangat bermakna nilainya.Kepada pensyarah mata pelajaran New Media and Technology kami,Cik Baby Anusha Nur,Kami memohon maaf jika selama dua semester Cik Anusha bersama kami,memang banyak perkara yang kami perlu pelajari.
Beribu ampun maaf dipinta jika terdapat salah dan silap mahupun salah faham diantara kami dan Cik Anusha.
Doakan kejayaan kami yang masih di hujung pangkal lagi.Kami berbangga dengan kehadiran seorang pensyarah muda seperti Cik Anusha yang sentiasa memberi semangat kepada kami unutuk lebih gagah dalam mengaharungi liku liku seorang pelajar! Thank you!
doa kami agar Cik Anusha sihat dan ceria selalu semasa cuti raya ini.
Pesanan ikhlas dari kami warga 5A dan 5B,
"Berayalah dengan kemampuan yang ada, ingatlah bahawa hidup hanya sekali. Jangan cuba persiakan peluang yang ada, kerana?? Dalam pada anda beraya, jangan lupa akan pelajaran anda masing. Ini kerana, anda di semester akhir, lakukan dan dahulukan apa yang penting..assingment! "
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

No comments:

Post a Comment