Hayati konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB)


by : Suzana Sukaimi

Adakah anda merupakan pelajar? Ya anda memang pelajar. Menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda? Ya. Tapi, adakah anda semua faham tentang konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Disini, kita tidak perlu pertikai kan sama ada kesasihan dasar tersebut. Tetapi ingin juga saya berkongsi pengalaman mengikut pandangan Perdana Menteri kita yang ke-4, Tun Mahathir baru baru ini. Saya rasa tertarik ingin berkongsi dengan pembaca blog kelas kami. Didalam blog beliau, beliau telah menyatakan belaiau amat sedih kerana terdapat ramai daripada Melayu yang terpelajar menolak Dasar Ekonomi Baru kononnya DEB menguntungkan hanya segelintir daripada kroni pemimpin Kerajaan terutama semasa belaiu menjadi Perdana Menteri.

Seterusnya, beliau juga berkata, mereka cuma nampak beberapa kerat peniaga dan pengusaha Melayu yang berjaya. Pendapat mereka ialah semua yang berjaya tentulah kerana mereka kroni, terutama kroni Perdana Menteri. Kata mereka kejayaan Melayu bergantung bukan kerana apa mereka tahu tetapi siapa mereka tahu. Ayat ini datang daripada kecaman orang tertentu yang asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu, "It is not what you know but who you know", yang memberi kejayaan. Penggunaan ayat ini oleh orang Melayu sendiri membuktikan betapa mudah minda mereka dipengaruhi oleh orang lain supaya mereka sendiri akan memburukkan diri mereka. Apa yang dapat dilihat disini, ada segeleintir golongan yang kurang memahamai situasi sebenar.

Kini, Tun Mahathir cuba untuk menyuarakan pendapat beliau walaupun beliau bukanlah sesiapa dalam melaksanakan taknggungjawab ini.Sebelum beliau berbincang samada benar atau tidak benar tuduhan tersebut, beliau menginginkan supaya rakyat Malaysia padahari ini menghayati serta memahami semula apakah itu Dasar Ekonomi Baru (DEB).Jadi apa kata kita semua jenguk jenguk kembali apa yang cuba bekas Perdana Menteri ke-4 itu cuba utarakan.

No comments:

Post a Comment